Tuesday, August 24, 2010

Ceriakan Ramadan& Hari Raya anda dengan memiliki sampul duit raya RISTA VILLA


Salam semua berjumpa lagi kita dengan entry seterusnya. Selamat berpuasa, tak lama lagi raya. masing2 akan sibuk menyediakan persiapan raya membuat kuih, membeli baju baru untuk anak dan isteri tak lupa juga yg pergi ke bank untuk pecahkan wang seringgit dan membeli sampul duit raya. ok sebut pasal sampul duit raya, tahun ini Rista Villa telah sediakan design kad raya nya sendiri hasil dari ajk IT Persatuan penduduk Rista Villa en. Tamize. Anda boleh mendownload sampul duit raya ini dan print sendiri untuk digunakan di hari raya tahun ini. Di harap dengan cenderahati yg tak seberapa ini dapat memberi sedikit keseronokan untuk kita semua. sekian terima kasih

Tuesday, August 3, 2010

PEMBINAAN SURAU BARU - RISTA VILLA


















Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulilah akhirnya Rista Villa telah dapat membina surau yg baru ini kerana surau yg lama adalah kecil tidak mampu untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai. Bermula dari kerja awal hingga akhir semuanya di laksanakan sendiri oleh penduduk Rista Villa. Kami bersama KRT ZON D Rista Villa dan Persatuan Penduduk Rista Villa PPRV dan penduduk bersama2 bergotong royong bagi menyiapkan surau yg baru ini. Surau ini di jangka akan siap sebelum bulan puasa dan solat terawih akan di jalankan di surau yg baru ini. Di sini ada beberapa gambar pembinaan surau di Rista Villa. Jika ada yang ini memberi sumbangan kami di Rista Villa mengalu-alukan sumbangan dari anda semua. terima kasih