Thursday, April 29, 2010

Program Sihat Dan cergas Demi Perpaduan Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Rista Villa & Rukun Tetangga






Program Sihat Dan cergas Demi Perpaduan Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Rista Villa & Rukun Tetangga Zon D Rista Villa Bersama Instructor berpengalaman Artis Adilla Idris akan diadakan pada 09-05-2010 Hari Ahad jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Pangsapuri Rista Villa.. Semua penduduk di Tmn Putra Perdana di jemput hadir...



gamabr akan di upload nanti.TQ

Monday, April 26, 2010

2010 - Adalah tahun celik IT bagi RISTA VILLA

Dengan itu satu blog/website rasmi untuk RISTA VILLA di tubuhkan. Selain dari blog kita juga sudah ada facebook fan dan facebook friends,

untuk ke facebook rista villa sila klick ke link di bawah

http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000959178575&ref=profile

Thursday, April 15, 2010

SATU RISTA VILLA, SATU SENAMAM

Jom ramai2 turun ke padang rista villa ahad ini untuk program SENAMAN dan program COMBI, harap ramai2 boleh turun, lagi ramai lagi meriah. Kita bukan ada masa untuk bersenam, inilah masa yang paling sesuai untuk bersenam iaitu hari minggu.Mari kita bersama2 menaiakan rating "berapa ramai penduduk rista villa keluar bersenam"
GO!!!

Monday, April 12, 2010

Hari Keluarga AJK PPRV di Centella Asiatica Janda Baik Resort






Syukur alhamdulilah Program Hari Keluarga Rista Villa di JANDA BAIK pada sabtu dan ahad 10hb & 11hb berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Semua anak-anak dan ahli keluarga gembira pada hari tersebut. Kami bertolak dari Rista Villa pada jam 11 pagi walaupun seawal pagi sabtu hujan turun tanpa henti tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ke JANDA BAIK. Konvoi kami bermula jam 11pagi dan sebelum perjalanan bermula en. mahdi membaca sedikit doa agar perjalanan kami selamat.
Kami tiba di janda baik pada jam 1.30 tengah hari dan masing membantu untuk mengangkat barang ke chelet. sesampai kami di chelet makanan untuk tengah hari kami jamah, untuk sesi petang sepatutnya aktiviti sukanneka di jalankan tetapi masing telah kepenatan jadi kami lakukan aktiviti bebas. Anak bermandi sungai, ada keluarga yg tidur kerana keletihan dan bagi kaum lelaki kami mengambil kesempatan ini untuk memancing.
pada sebelah malam, kami bersolat magrib dan isyak secara berjamaah dan sedikit tazkirah. selepas solat isyak kami memulakan aktiviti BBQ sehingga jam 12 tgh malam. memang seronok ketika itu.
awal pagi lagi kami telah berkumpul untuk acara sukaneka. di mulakan dengan anak2 menyambut belon air, kerusi muzik anak2 lelaki dan perempuan, kerusi muzik orang dewasa lelaki dan perempuan, permainan silang kasih pasangan keluarga, dan rebut gula-gula. Suasana memang meriah. setelah game selesai penyampaian hadiah dan potluck di jalankan. setelah selesai aktiviti bebas kami lakukan ada yang mandi sungai, ada yang menonton tv, ada yang bermain sampan dan ramai yang memancing ehehehehe.
kami berkemas untuk pulang ke rista villa pada jam 1 tengah hari. Kmi berkonvoi untuk balik dan semua selamat sampai ke rumah masing2 dalam jam 3 petang. terima kasih semua ahli keluarga yang telibat dan di harap di masa akan datang lebih ramai lagi keluarga yang dapat hadir.TQ

Thursday, April 8, 2010

Map Rista Villa dari setelit

Seperti di janjikan, saya telah mencari lokasi Pangsapuri Rista Villa dari laman wikimapia.org
ini adalah attach yg telah saya buat untuk lokasi Rista Villa kita dari setelit

Tuesday, April 6, 2010

Apa aktiviti terbaru BLOG kita??

dalam perancangan :

1. Wallpaper Rista Villa - (status : progress)
- saya akan mereka bentuk wallpaper Rista Villa yang mana, anda semua boleh mendownload
untuk mendapatkannya. bila dah download boleh lah di setkan di dalam komputer masing2

2. Trip JANDA BAIK Rista Villa - (status : DONE)
- saya akan ambil seberapa banyak gambar dan shoot yg menarik dan akan di upload ke blog

3. Google map - (status : DONE)
- atach map rista villa yang di ambil dari google map

4. chat room Rista Villa - (status : DONE)
- dalam blog ini ada ruangan chat room sesama user, senang untuk berkongsi pendapat

Setakat ini dulu projek BLOG yang saya sedang laksanakan, jika ada penambahan saya akan updated kemudian. GO!!!!

Monday, April 5, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT KAWASAN DUN TANJUNG SEPAT













Pada hari Sabtu 3 april 2010, kami menerima undangan ke program BN JUARA RAKYAT yang di adakan di kawasan dun Tanjung Sepat. Ini adalah sedikit gambar aktiviti yang sempat kami rakam. Terima kasih kerana menjemput kami.

Sunday, April 4, 2010







Program Brisk Walk... Program kesihatan sepanjang hayat di Pangsapuri Rista Villa. telah di baut pada hari ahad ynag lepas pada 4 april 2010 bermula jam 8 pagi. Program ini akan di buat setiap hari ahad sebagai aktiviti mingguan RISTA VILLA. Di harap akan lebih ramai penduduk yang akan turun lepas ini. Tag line untuk program ini "Jalan-jalan badan sihat......."