Monday, April 12, 2010
Hari Keluarga AJK PPRV di Centella Asiatica Janda Baik Resort
Syukur alhamdulilah Program Hari Keluarga Rista Villa di JANDA BAIK pada sabtu dan ahad 10hb & 11hb berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Semua anak-anak dan ahli keluarga gembira pada hari tersebut. Kami bertolak dari Rista Villa pada jam 11 pagi walaupun seawal pagi sabtu hujan turun tanpa henti tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ke JANDA BAIK. Konvoi kami bermula jam 11pagi dan sebelum perjalanan bermula en. mahdi membaca sedikit doa agar perjalanan kami selamat.
Kami tiba di janda baik pada jam 1.30 tengah hari dan masing membantu untuk mengangkat barang ke chelet. sesampai kami di chelet makanan untuk tengah hari kami jamah, untuk sesi petang sepatutnya aktiviti sukanneka di jalankan tetapi masing telah kepenatan jadi kami lakukan aktiviti bebas. Anak bermandi sungai, ada keluarga yg tidur kerana keletihan dan bagi kaum lelaki kami mengambil kesempatan ini untuk memancing.
pada sebelah malam, kami bersolat magrib dan isyak secara berjamaah dan sedikit tazkirah. selepas solat isyak kami memulakan aktiviti BBQ sehingga jam 12 tgh malam. memang seronok ketika itu.
awal pagi lagi kami telah berkumpul untuk acara sukaneka. di mulakan dengan anak2 menyambut belon air, kerusi muzik anak2 lelaki dan perempuan, kerusi muzik orang dewasa lelaki dan perempuan, permainan silang kasih pasangan keluarga, dan rebut gula-gula. Suasana memang meriah. setelah game selesai penyampaian hadiah dan potluck di jalankan. setelah selesai aktiviti bebas kami lakukan ada yang mandi sungai, ada yang menonton tv, ada yang bermain sampan dan ramai yang memancing ehehehehe.
kami berkemas untuk pulang ke rista villa pada jam 1 tengah hari. Kmi berkonvoi untuk balik dan semua selamat sampai ke rumah masing2 dalam jam 3 petang. terima kasih semua ahli keluarga yang telibat dan di harap di masa akan datang lebih ramai lagi keluarga yang dapat hadir.TQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment